Kisah Rasul-Rasul 15:30-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

30. Mereka yang diutus itu berangkat ke Antiokhia. Di situ mereka mengumpulkan semua pengikut Yesus lalu menyampaikan surat itu.

31. Apabila jemaah membaca surat itu, mereka bersukacita kerana surat itu menggalakkan mereka.

32. Yudas dan Silas, yang kedua-duanya nabi, bercakap lama sekali dengan mereka untuk memberikan semangat dan keberanian.

33. Setelah Yudas dan Silas tinggal di situ beberapa lama, jemaah di Antiokhia menyuruh mereka kembali dengan sejahtera kepada orang yang mengutus mereka. [

34. Tetapi Silas mengambil keputusan untuk tetap tinggal di situ.]

35. Paulus dan Barnabas pun tinggal di Antiokhia beberapa lama. Di situ mereka mengajar dan menyampaikan firman Tuhan bersama-sama banyak orang lain.

Kisah Rasul-Rasul 15