Kisah Rasul-Rasul 14:8-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Di Listra ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir dan dia tidak pernah berjalan.

9. Dia duduk di situ dan mendengarkan kata-kata Paulus. Paulus melihat bahawa orang itu dapat disembuhkan kerana dia percaya. Oleh itu Paulus menatap dia

10. dan berkata dengan suara lantang, “Berdirilah tegak!” Orang itu melompat berdiri dan mula berjalan.

11. Apabila orang ramai melihat apa yang telah dilakukan oleh Paulus, mereka mula berseru dalam bahasa Likaonia, “Lihatlah, dewa-dewa sudah menjadi seperti manusia dan turun ke dunia.”

Kisah Rasul-Rasul 14