37. Tetapi hal ini tidak berlaku terhadap Dia yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian.
38-39. Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua. Setiap orang yang percaya kepada-Nya dibebaskan daripada segala dosa yang tidak dapat dihapus oleh Taurat Musa.
40. Berwaspadalah supaya apa yang dikatakan nabi-nabi ini tidak berlaku kepada saudara semua,
41. ‘Dengarlah hai orang yang menghina Allah!Kamu akan kehairanan lalu binasa!Apa yang Aku lakukan pada masa initidak akan kamu percayai,meskipun orang menerangkannya kepada kamu!’ ”
42. Apabila Paulus dan Barnabas meninggalkan rumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datang kembali pada hari Sabat yang berikutnya, untuk memberitahu mereka perkara-perkara itu lagi.
43. Apabila perhimpunan di rumah ibadat berakhir, banyak orang Yahudi dan orang bangsa lain yang menganut agama Yahudi, mengikut Paulus dan Barnabas. Rasul-rasul itu menasihati mereka supaya terus-menerus hidup bersandar kepada rahmat Allah.
44. Pada hari Sabat berikutnya, hampir semua orang di bandar itu datang mendengar firman Tuhan.
45. Apabila orang Yahudi melihat orang ramai itu, mereka iri hati. Mereka menentang kata-kata Paulus dan menghina dia.
46. Tetapi Paulus dan Barnabas berkata-kata dengan lebih berani lagi. Mereka berkata, “Firman Allah memang harus disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Tetapi kerana kamu menolak firman-Nya, dan menganggap diri kamu tidak layak menerima hidup sejati dan kekal, kami akan meninggalkan kamu lalu pergi kepada bangsa lain.
47. Hal itu demikian kerana inilah perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada kami,‘Aku sudah menetapkan supaya kamu menjadi cahaya bagi bangsa bukan Yahudi,dan melalui kamu, Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.’ ”
48. Apabila orang bukan Yahudi mendengar kata-kata itu, mereka bersukacita dan memuji firman Tuhan. Mereka yang sudah dipilih oleh Allah untuk menerima hidup sejati dan kekal, pun percaya kepada Yesus.
49. Firman Tuhan tersebar ke serata tempat di daerah itu.
50. Tetapi orang Yahudi menghasut pembesar-pembesar kota itu dan wanita-wanita terkemuka bangsa asing yang takut akan Allah. Mereka mula menganiaya Paulus dan Barnabas, dan menghalau mereka berdua dari daerah itu.
51. Rasul-rasul itu mengebaskan debu pada kaki mereka di hadapan orang di situ sebagai amaran, lalu pergi ke Ikonium.
52. Tetapi pengikut-pengikut Yesus di Antiokhia sangat bersukacita dan mereka dikuasai oleh Roh Allah.