Kisah Rasul-Rasul 13:30-42 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

30. Tetapi Allah membangkitkan Dia daripada kematian.

31. Kemudian selama beberapa hari Dia menampakkan diri kepada mereka yang dahulu berjalan bersama-sama Dia dari Galilea ke Yerusalem. Sekarang mereka menjadi saksi bagi-Nya kepada bangsa Israel.

32. Oleh itu kami di sini untuk menyampaikan Berita Baik ini kepada kamu. Apa yang dijanjikan oleh Allah kepada nenek moyang kita,

33. sudah dilakukan-Nya bagi kita, iaitu keturunan mereka, dengan membangkitkan Yesus daripada kematian. Seperti yang tertulis di dalam Kitab Mazmur fasal dua,‘Engkaulah Anak-Ku,pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.’

34. Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian; Dia tidak akan mengalami kematian lagi. Tentang hal ini Allah berfirman,‘Aku akan memberkati kamu dengan berkat yang suci,seperti yang Aku janjikan kepada Daud.’

35. Begitu juga dalam ayat lain Dia berfirman,‘Engkau tidak akan membiarkanHamba-Mu yang setia itu reput di dalam kubur.’

36. Pada masa hidupnya, Daud melakukan kehendak Allah, lalu Daud meninggal, dikuburkan dengan nenek moyangnya dan jenazahnya reput.

37. Tetapi hal ini tidak berlaku terhadap Dia yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian.

38-39. Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua. Setiap orang yang percaya kepada-Nya dibebaskan daripada segala dosa yang tidak dapat dihapus oleh Taurat Musa.

40. Berwaspadalah supaya apa yang dikatakan nabi-nabi ini tidak berlaku kepada saudara semua,

41. ‘Dengarlah hai orang yang menghina Allah!Kamu akan kehairanan lalu binasa!Apa yang Aku lakukan pada masa initidak akan kamu percayai,meskipun orang menerangkannya kepada kamu!’ ”

42. Apabila Paulus dan Barnabas meninggalkan rumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datang kembali pada hari Sabat yang berikutnya, untuk memberitahu mereka perkara-perkara itu lagi.

Kisah Rasul-Rasul 13