1. Aku datang ke tamanku,hai kekasih dan pengantinku,aku mengumpulkan mur dan rempahku;aku makan madu dan sarang lebah maduku,aku minum susu dan wainku.Makanlah, hai sahabat-sahabat,dan minumlah sehingga kamu mabuk asmara.
2. Aku tidur, tetapi hatiku berjaga.Dengarlah,kekasihku mengetuk pintu.Benarkanlah aku masuk,hai sayangku,merpatiku, buah hatiku.Kepalaku basah kerana embun,dan rambutku penuh titisan embun malam.
3. Pakaian telah kutanggalkan;mengapakah aku harus memakainya lagi?Kaki pun telah kucuci;mengapakah aku harus mengotorkannya lagi?
4. Berdebar-debar hatiku,kerana kekasihku memegang tombol pintu.
5. Maka bangunlah akuhendak membuka pintu bagi kekasihku.Mur menitis dari tangan dan jarikumembasahi tombol pintu.