5. Kuatkanlah aku dengan kismis,segarkanlah aku dengan epal,kerana aku sakit asmara.
6. Tangan kirinya menopang kepalaku,tangan kanannya membelai aku.
7. Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,demi rusa dan kijang di padangbahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.
8. Aku mendengar suara kekasihku.Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.
9. Kekasihku seperti kijang;dia seperti anak rusa.Di balik tembok dia berdiri,dengan matanya dia menatap,dan mengintip dari kisi-kisi tingkap.
10. Kekasihku berkata-kata kepadaku.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.
11. Musim sejuk sudah berlalu;hujan pun sudah berhenti.
12. Bunga di padang sudah mekar.Inilah masanya untuk menyanyi;bunyi tekukur terdengar di padang.
13. Buah ara mula masak;pokok anggur semerbak harum bunganya.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.
14. Engkau seperti burung merpatiyang bersembunyi di celah-celah bukit batu.Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu,biarlah kudengar suaramu yang merdu.
15. Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu,rubah yang merosakkan ladang anggur,kerana pokok anggur kita sedang berbunga.
16. Kekasihku kepunyaanku,dan aku kepunyaannya.Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung
17. sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang.Kembalilah, hai sayangku,seperti kijang,seperti anak rusa di pergunungan Beter.