1. Kidung Agung oleh Raja Salomo.
2. Ciumlah aku dengan bibirmu;cintamu lebih nikmat daripada wain.
3. Engkau harum semerbak,namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan.Oleh itu, gadis-gadis cinta kepadamu.
4. Cepatlah,bawalah aku bersama-samamu,ya rajaku, bawalah aku ke bilikmu.Kami akan bersukaria kerana engkau,dan memuji cintamu lebih daripada wain;patutlah gadis-gadis cinta kepadamu.
5. Hai puteri-puteri Yerusalem,sungguhpun aku hitam tetapi aku manis;walaupun aku hitam seperti khemah Kedar,tetapi aku cantik seperti tirai di istana Salomo.