Keluaran 7:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau seperti Allah di hadapan raja, dan Harun, saudaramu akan bercakap kepadanya sebagai nabimu.

2. Beritahulah Harun segala perintah-Ku kepadamu. Suruhlah dia memberitahu raja supaya membenarkan orang Israel meninggalkan negerinya.

3. Tetapi Aku akan menyebabkan raja itu berdegil, dan dia tidak akan mendengar kata-kata kamu, sungguhpun Aku mendatangkan banyak bencana di Mesir.

4. Kemudian Aku akan menghukum negeri itu dengan dahsyat, lalu membawa umat-Ku Israel keluar dari Mesir.

5. Kemudian orang Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN apabila Aku menghukum mereka dan membawa orang Israel keluar dari negeri Mesir.”

6. Musa dan Harun melakukan apa yang diperintahkan oleh TUHAN.

Keluaran 7