2. “Suruhlah umat Israel membawa persembahan kepada-Ku. Terimalah apa sahaja persembahan daripada setiap orang yang ingin memberi.
3. Persembahan itu boleh berupa: emas, perak, dan gangsa;
4. kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain daripada bulu kambing;
5. kulit domba jantan yang dicelup merah; kulit halus; kayu akasia;
6. minyak untuk pelita; rempah-ratus untuk minyak upacara dan untuk kemenyan yang harum;
7. batu sardis dan berjenis-jenis permata lain untuk ditatah pada efod dan penutup dada Imam Agung.
8. Suruhlah umat itu membina sebuah khemah suci untuk-Ku supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka.
9. Khemah itu dan semua peralatannya harus dibuat menurut pelan yang akan Aku tunjukkan kepadamu.”
10. “Buatlah sebuah Tabut daripada kayu akasia, yang berukuran 110 sentimeter panjang, 66 sentimeter lebar dan 66 sentimeter tinggi.
11. Bahagian dalam dan luar Tabut itu harus disaluti emas tulen dan bingkainya dibuat daripada emas.