10. lalu mereka nampak Allah Israel. Dia berdiri di atas sesuatu seperti lantai daripada batu nilam, yang biru seperti langit cerah.
11. Para pemimpin Israel itu sudah nampak Allah; walaupun begitu mereka tidak dibinasakan-Nya. Selepas itu mereka makan dan minum.
12. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Datanglah kepada-Ku di atas gunung. Di situ Aku akan memberikan dua buah batu tulis kepadamu. Batu-batu itu telah Aku tulisi dengan semua hukum-Ku. Aku memberikan semua hukum itu untuk mengajar umat.”
13. Oleh itu Musa dan Yosua, penolongnya bersiap-siap, lalu Musa mula mendaki gunung yang suci itu.
14. Musa telah berpesan kepada para pemimpin Israel, “Tunggulah di sini sehingga kami balik. Harun dan Hur ada bersama-sama kamu di sini. Sesiapa yang ada persoalan, boleh menemui mereka untuk mendapat penyelesaian.”
15. Musa mendaki Gunung Sinai lalu awan meliputi gunung itu.