1. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung untuk menghadap Aku, engkau bersama dengan Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin Israel, lalu sujudlah menyembah Aku dari jauh.
2. Engkau seorang sahaja yang boleh menghampiri Aku; yang lain tidak boleh datang dekat-dekat, dan rakyat tidak boleh naik ke gunung ini.”
3. Musa pergi dan memberitahu umat itu segala perintah dan peraturan TUHAN. Segenap umat menjawab dengan serentak, “Kami akan melakukan segala yang difirmankan oleh TUHAN.”
16-17. Cahaya hadirat TUHAN turun ke atas gunung itu. Orang Israel melihatnya seperti api yang menyala di puncak gunung. Awan itu meliputi gunung selama enam hari. Pada hari yang ketujuh, dari awan itu TUHAN memanggil Musa.