Keluaran 23:27-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. Aku akan menjadikan bangsa yang menentang kamu takut kepada-Ku. Aku akan mendatangkan kekeliruan antara bangsa yang kamu lawan, dan Aku akan menyebabkan semua musuh berpaling dan lari daripada kamu.

28. Aku akan mengacau-bilaukan musuh apabila kamu mara; Aku akan mengusir orang Hewi, Kanaan, dan Het.

29. Aku tidak akan mengusir mereka semua dalam masa satu tahun, kerana hal ini akan menjadikan tanah itu terbiar dan binatang buas akan terlalu banyak.

30. Aku akan mengusir mereka sedikit demi sedikit sehingga kamu menjadi cukup banyak untuk mendiami tanah itu.

Keluaran 23