Keluaran 22:27-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. kerana jubah itu sahaja yang ada padanya untuk memanaskan badannya. Jika jubah itu tidak dikembalikan, tiada lagi yang dapat dipakainya sebagai selimut. Jika dia berseru minta tolong kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkannya kerana Aku berbelas kasihan.

28. Jangan sumpahi Allah, dan jangan kutuk pemimpin kamu.

29. Pada waktu yang ditetapkan, persembahkanlah sebahagian daripada gandum, wain, dan minyak zaitun kamu kepada-Ku.Serahkanlah anak lelaki sulung kamu kepada-Ku.

30. Persembahkanlah anak sulung lembu dan domba kamu kepada-Ku. Biarlah anak jantan sulung ternakan itu tinggal bersama-sama induknya selama tujuh hari, lalu pada hari yang kelapan persembahkanlah anak sulung ternakan itu kepada-Ku.

31. Kamu umat-Ku. Oleh itu kamu tidak boleh makan daging sebarang binatang yang mati dibunuh binatang buas; berikan daging itu kepada anjing.”

Keluaran 22