Keluaran 17:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Segenap umat Israel meninggalkan padang gurun Sin dan berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain mengikut perintah TUHAN. Mereka berkhemah di Rafidim, tetapi mereka tidak mendapati air minum di sana.

2. Mereka bersungut-sungut terhadap Musa dan berkata, “Berilah kami air minum.”Musa menjawab, “Mengapakah kamu bersungut-sungut? Mengapakah kamu menguji TUHAN?”

3. Tetapi umat itu terlalu dahaga dan terus-menerus bersungut terhadap Musa. Mereka berkata, “Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir? Adakah supaya kami dan anak-anak kami, serta ternakan kami mati kehausan?”

4. Musa berdoa dengan sungguh-sungguh kepada TUHAN dan berkata, “Apakah yang harus aku lakukan terhadap umat ini? Mereka mahu merejam aku.”

Keluaran 17