Keluaran 13:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. TUHAN telah bersumpah kepada nenek moyang kamu untuk memberi kamu tanah orang Kanaan, Het, Amori, Hewi, dan Yebusi. Tanah itu kaya dan subur. Selepas TUHAN membawa kamu ke tanah itu, kamu mesti merayakan perayaan ini tiap-tiap tahun, pada bulan yang pertama.

6. Kamu mesti makan roti yang tidak beragi selama tujuh hari, dan pada hari yang ketujuh adakanlah perayaan untuk menghormati TUHAN.

7. Selama tujuh hari, kamu mesti makan roti yang tidak beragi. Di seluruh negeri kamu, tidak boleh ada ragi atau apa-apa pun yang beragi.

Keluaran 13