Keluaran 10:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Pergilah menghadap raja. Aku telah menyebabkan dia dan para pegawainya berdegil, agar Aku dapat melakukan mukjizat-mukjizat ini di tengah-tengah mereka,

2. dan supaya kamu dapat memberitahu anak cucu kamu bagaimana Aku membodohkan orang Mesir, ketika Aku melakukan mukjizat-mukjizat. Kamu semua akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

3. Oleh itu, Musa dan Harun pergi menghadap raja lalu berkata kepadanya, “TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, ‘Berapa lama lagi engkau tidak mahu tunduk kepada-Ku? Benarkanlah umat-Ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.

4. Jika engkau masih menolak, maka esok Aku akan mendatangkan belalang ke negerimu.

Keluaran 10