Keluaran 1:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Yakub yang juga dinamakan Israel, pergi ke Mesir bersama dengan anak-anaknya dan keluarga masing-masing. Anak-anak Yakub ialah

2. Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda,

3. Isakhar, Zebulon, Benyamin,

4. Dan, Naftali, Gad, dan Asyer.

5. Keturunan Yakub semuanya berjumlah tujuh puluh orang. Yusuf, anak Yakub, sudah berada di Mesir.

6. Lama-kelamaan Yusuf dan saudara-saudaranya meninggal, demikian juga semua orang yang seangkatan dengan dia.

7. Tetapi keturunan mereka, iaitu orang Israel, mempunyai anak yang banyak. Mereka beranak cucu sangat banyak, dan bilangan mereka bertambah dengan cepat sekali sehingga negeri Mesir penuh dengan mereka.

20-21. Oleh itu Allah memperlakukan bidan-bidan itu dengan baik dan mengurniakan keturunan kepada mereka, kerana mereka takut akan Allah. Orang Israel pun bertambah banyak dan kuat.

Keluaran 1