Kejadian 9:16-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Apabila pelangi itu kelihatan di langit, Aku akan melihatnya dan mengingat perjanjian abadi antara Aku dan semua makhluk yang hidup di bumi.

17. Itulah tanda perjanjian yang Aku buat dengan semua makhluk yang hidup di bumi.”

18. Anak-anak Nuh yang keluar dari bahtera itu ialah Sem, Ham, dan Yafet. (Ham ialah bapa Kanaan.)

19. Ketiga-tiga orang anak Nuh itu ialah nenek moyang semua orang di dunia.

20. Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur.

21. Setelah Nuh minum wainnya, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan semua pakaiannya lalu berbaring telanjang di dalam khemahnya.

22. Apabila Ham, bapa Kanaan, melihat bapanya bertelanjang, dia keluar dan memberitahukan hal itu kepada kedua-dua orang saudaranya.

23. Kemudian Sem dan Yafet mengambil sehelai jubah. Mereka membentangkan jubah itu pada bahu, lalu berjalan mundur masuk ke khemah dan menyelimuti bapa mereka dengan jubah itu. Mereka memalingkan muka supaya tidak nampak bapa mereka yang bertelanjang.

24. Apabila Nuh sedar daripada mabuknya dan mengetahui perbuatan anak bongsunya,

25. dia berkata,“Terkutuklah Kanaan!Dia akan menjadi abdi saudara-saudaranya.

26. Pujilah TUHAN, Allah Sem!Kanaan akan menjadi abdi Sem.

27. Semoga Allah menambahkan berkat kepada Yafet dengan meluaskan tempat tinggalnya.Semoga keturunannya tinggal bersama dengan keturunan Sem.Kanaan akan menjadi abdi Yafet.”

28. Selepas banjir itu, Nuh hidup selama 350 tahun lagi.

29. Nuh meninggal ketika dia berumur 950 tahun.

Kejadian 9