12. Sebagai tanda perjanjian abadi yang Aku buat dengan kamu dan semua makhluk hidup,
13. Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia.
14. Tiap-tiap kali Aku meliputi langit dengan awan dan pelangi itu kelihatan,
15. Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan kamu dan dengan semua makhluk hidup, bahawa banjir tidak lagi akan membinasakan semua makhluk hidup.