Kejadian 7:16-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2-3. Bawalah tujuh pasang daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, tetapi hanya satu pasang daripada tiap-tiap jenis yang haram. Lakukanlah hal itu supaya daripada setiap jenis binatang dan burung ada yang terselamat, lalu dapat membiak semula di bumi.

16. seperti yang diperintahkan oleh Allah. Selepas semuanya masuk, TUHAN menutup pintu bahtera.

17. Banjir terus-menerus melanda bumi selama empat puluh hari, dan air naik sehingga bahtera terapung.

18. Air semakin naik sehingga bahtera terapung-apung pada permukaan air.

19. Air masih naik sehingga meliputi gunung-gunung yang paling tinggi.

20. Air terus-menerus naik sampai tujuh meter lebih tinggi daripada puncak gunung.

21-23. TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi: manusia, burung, dan binatang darat yang kecil mahupun yang besar. Hanya Nuh dan semua yang ada bersama-sama dia di dalam bahtera tidak binasa.

24. Air tidak kunjung surut selama seratus lima puluh hari.

Kejadian 7