Kejadian 6:4-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Pada zaman itu, dan juga selepas zaman itu, ada raksasa di bumi. Mereka keturunan gadis-gadis manusia yang berkahwin dengan makhluk-makhluk ilahi. Raksasa-raksasa itu pahlawan handalan dan termasyhur pada zaman dahulu kala.

5. TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.

6. Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi. TUHAN begitu kecewa

7. sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.”

8. Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN.

11. tetapi semua orang lain jahat di sisi Allah, dan kekejaman terdapat di mana-mana.

12. Allah memandang dunia dan nampak kejahatan sahaja, kerana kehidupan semua manusia jahat.

Kejadian 6