Kejadian 5:5-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Adam meninggal ketika berumur 930 tahun.

6. Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos.

7. Selepas itu Set hidup selama 807 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

8. Set meninggal ketika berumur 912 tahun.

9. Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan.

10. Selepas itu Enos hidup selama 815 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

11. Enos meninggal ketika berumur 905 tahun.

12. Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalaleel.

13. Selepas itu Kenan hidup selama 840 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

14. Dia meninggal ketika berumur 910 tahun.

15. Ketika Mahalaleel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared.

16. Selepas itu Mahalaleel hidup selama 830 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

17. Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.

18. Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.

19. Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

20. Dia meninggal ketika berumur 962 tahun.

21. Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah.

Kejadian 5