17. Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.
18. Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.
19. Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
20. Dia meninggal ketika berumur 962 tahun.
21. Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah.
22. Selepas itu, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun. Henokh mendapat anak-anak lain
23. dan mencapai umur 365 tahun.
24. Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah.
25. Ketika Metusalah berumur 187 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Lamekh.
26. Selepas itu Metusalah hidup selama 782 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
27. Dia meninggal ketika berumur 969 tahun.
28. Ketika Lamekh berumur 182 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki.
29. Lamekh berkata, “Anak ini akan memberi keringanan pada masa kita bekerja keras untuk mengusahakan tanah yang dikutuk oleh TUHAN.” Maka Lamekh menamakan anak itu Nuh.
30. Selepas itu Lamekh hidup selama 595 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
31. Lamekh meninggal ketika berumur 777 tahun.
32. Ketika Nuh berumur 500 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham.