Kejadian 5:1-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Inilah senarai keturunan Adam. (Pada masa Allah menciptakan manusia, Allah menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri.

2. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. Dia memberkati mereka dan menamakan mereka “Manusia”.)

3. Ketika Adam berumur 130 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki yang mirip dengan dia, lalu dia menamakannya Set.

4. Selepas itu Adam hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

5. Adam meninggal ketika berumur 930 tahun.

6. Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos.

7. Selepas itu Set hidup selama 807 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

8. Set meninggal ketika berumur 912 tahun.

9. Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan.

10. Selepas itu Enos hidup selama 815 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

11. Enos meninggal ketika berumur 905 tahun.

12. Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalaleel.

13. Selepas itu Kenan hidup selama 840 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

14. Dia meninggal ketika berumur 910 tahun.

15. Ketika Mahalaleel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared.

16. Selepas itu Mahalaleel hidup selama 830 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

17. Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.

18. Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.

19. Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

Kejadian 5