Kejadian 49:11-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Anak keldainya diikatnya pada pokok,pada pokok anggur yang paling baik.Dia mencuci pakaiannya dengan wain,wain semerah darah.

12. Matanya merah kerana minum wain,giginya putih kerana minum susu.

13. Zebulon akan tinggal dekat laut;kapal-kapal akan berlabuh di pantainya;sempadan wilayahnya sampai ke Sidon.

14. Isakhar umpama keldai kuatyang terlentang di antara kantung pelana.

15. Dia melihat betapa baiknya tempat itudan betapa indahnya negeri itu.Oleh itu dia membongkok untuk memikul beban,dan dipaksa bekerja sebagai hamba.

16. Dan akan memerintah bangsanya,mereka akan menjadi seperti suku Israel yang lain.

17. Dan bagaikan ular di pinggir jalan,ular berbisa di tepi lorong,yang mematuk tumit kudasehingga penunggangnya tercampak.

18. Aku menantikan penyelamatandaripada-Mu, ya TUHAN.

19. Gad akan diserang perompak,namun dia akan berbalik dan merompak mereka.

20. Tanah Asyer akan menghasilkan makanan lazat,dia akan menyediakan makanan bagi raja.

21. Naftali bagaikan rusa yang pantas,yang melahirkan anak-anak yang cantik.

22. Yusuf umpama keldai muda,keldai liar dekat mata air,berlari-lari di lereng gunung.

23. Musuh menyerangnya dengan sengit,mengejarnya dengan busur dan panah.

24. Tetapi lengan Yusuf tetap kuat,dan busurnya kukuh,kerana kekuatan Allah Yakub yang Berkuasa,Gembala dan Pelindung Israel.

25. Allah bapamu menolong engkau;Allah Yang Maha Kuasa memberkati engkaudengan hujan dari langitdan air dari bawah tanah,dengan anak dan lembu,

Kejadian 49