2. Apabila Yakub mendengar bahawa Yusuf sudah datang, dia mengumpulkan seluruh tenaganya, lalu duduk di tempat tidur.
3. Yakub berkata kepada Yusuf, “Allah Yang Maha Kuasa telah menampakkan diri kepadaku di Lus, di tanah Kanaan, dan Dia memberkati aku.
4. Dia berfirman kepadaku, ‘Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu supaya keturunanmu menjadi banyak bangsa. Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu sebagai milik mereka selama-lamanya.’ ”
5. Yakub berkata lagi, “Yusuf, kedua-dua orang anakmu, Efraim dan Manasye, yang dilahirkan di Mesir sebelum aku tiba di sini, kuanggap sebagai anakku, seperti Ruben dan Simeon.
6. Jika engkau mendapat anak lelaki lagi, mereka tidak akan kuanggap sebagai anakku melainkan tetap anakmu; mereka akan menerima warisan daripada Efraim dan Manasye.