2. Apabila Yakub mendengar bahawa Yusuf sudah datang, dia mengumpulkan seluruh tenaganya, lalu duduk di tempat tidur.
3. Yakub berkata kepada Yusuf, “Allah Yang Maha Kuasa telah menampakkan diri kepadaku di Lus, di tanah Kanaan, dan Dia memberkati aku.
4. Dia berfirman kepadaku, ‘Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu supaya keturunanmu menjadi banyak bangsa. Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu sebagai milik mereka selama-lamanya.’ ”
5. Yakub berkata lagi, “Yusuf, kedua-dua orang anakmu, Efraim dan Manasye, yang dilahirkan di Mesir sebelum aku tiba di sini, kuanggap sebagai anakku, seperti Ruben dan Simeon.
6. Jika engkau mendapat anak lelaki lagi, mereka tidak akan kuanggap sebagai anakku melainkan tetap anakmu; mereka akan menerima warisan daripada Efraim dan Manasye.
7. Aku melakukan hal ini kerana ibumu Rahel. Ketika aku dalam perjalanan pulang dari Mesopotamia, ibumu meninggal di tanah Kanaan, tidak jauh dari Efrata, dan aku sangat sedih. Aku mengebumikan dia di sana, di tepi jalan ke Efrata.” (Kini Efrata dikenal sebagai Betlehem.)
8. Apabila Yakub nampak anak-anak lelaki Yusuf itu, dia bertanya, “Siapakah anak-anak ini?”
9. Yusuf menjawab, “Inilah anak-anakku yang diberikan Allah kepadaku di sini, di Mesir.” Yakub berkata, “Bawalah mereka mendekati aku supaya aku memberkati mereka.”
10. Yakub kabur mata kerana sudah tua, dan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Yusuf mendekatkan anak-anak itu kepada Yakub, lalu Yakub memeluk dan mencium mereka.
11. Kemudian Yakub berkata kepada Yusuf, “Aku tidak sangka dapat berjumpa dengan kamu lagi, tetapi kini Allah mengizinkan aku nampak anak-anakmu juga.”
12. Selepas itu Yusuf mengambil mereka dari pangkuan Yakub, lalu Yusuf bersujud di hadapan bapanya.
15. Kemudian Yakub memberkati Yusuf,“Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak,memberkati anak-anak ini.Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang,memberkati mereka.
16. Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya,memberkati mereka.Semoga namaku dan nama nenek moyangku,Abraham dan Ishak tetap hidupkerana anak-anak ini!Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”