Kejadian 48:1-13-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Beberapa lama kemudian, Yusuf diberitahu bahawa bapanya sakit tenat. Oleh itu dia bersama dengan kedua-dua orang anak lelakinya, Manasye dan Efraim, pergi menziarahi Yakub.

10. Yakub kabur mata kerana sudah tua, dan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Yusuf mendekatkan anak-anak itu kepada Yakub, lalu Yakub memeluk dan mencium mereka.

11. Kemudian Yakub berkata kepada Yusuf, “Aku tidak sangka dapat berjumpa dengan kamu lagi, tetapi kini Allah mengizinkan aku nampak anak-anakmu juga.”

12. Selepas itu Yusuf mengambil mereka dari pangkuan Yakub, lalu Yusuf bersujud di hadapan bapanya.

13-14. Kemudian Yusuf menempatkan anak-anaknya dekat Yakub. Efraim, yang bongsu ditempatkannya di sebelah kiri, dan Manasye yang sulung di sebelah kanan. Tetapi Yakub menyilangkan lengannya dan meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, sedangkan tangan kirinya diletakkannya di atas kepala Manasye.

Kejadian 48