Kejadian 46:4-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Aku akan menyertai engkau ke Mesir, dan membawa keturunanmu kembali ke negeri ini. Yusuf akan berada di sampingmu apabila engkau meninggal.”

5. Kemudian Yakub berangkat dari Bersyeba. Anak-anak lelakinya menaikkan bapa serta anak isteri mereka ke atas pedati-pedati yang dikirimkan oleh raja Mesir.

6. Mereka juga membawa ternakan dan segala harta benda yang diperoleh mereka di Kanaan, lalu berangkat ke Mesir. Yakub membawa semua keturunannya, iaitu

7. semua anak cucunya, lelaki dan perempuan.

8. Inilah anggota keluarga Yakub yang pergi bersama dengan dia ke Mesir:

9. Ruben, anak lelaki yang sulung dan anak-anak lelakinya: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi.

10. Simeon dan anak-anak lelakinya: Yemuel, Yamin, Ohad, Yakhin, Zohar, dan juga Syaul, anak lelaki daripada seorang perempuan Kanaan.

11. Lewi dan anak-anak lelakinya: Gerson, Kehat, dan Merari.

12. Yehuda dan anak-anak lelakinya: Syela, Peres, dan Zerah, tetapi anak lelaki Yehuda yang lain, Er dan Onan sudah meninggal di Kanaan. Anak-anak lelaki Peres ialah Hezron dan Hamul.

13. Isakhar dan anak-anak lelakinya: Tola, Pua, Yasyub, dan Simron.

14. Zebulon dan anak-anak lelakinya: Sered, Elon, dan Yahleel.

15. Mereka semua ialah anak yang dilahirkan oleh Lea bagi Yakub di Mesopotamia, selain anak perempuannya, Dina. Semua keturunan Yakub daripada isterinya Lea berjumlah tiga puluh tiga orang.

16. Gad dan anak-anak lelakinya: Zifyon, Hagi, Syuni, Ezbon, Eri, Arodi, dan Areli.

17. Asyer dan anak-anak lelakinya: Yimna, Yiswa, Yiswi, Beria, dan Serah, saudara perempuan mereka. Anak-anak lelaki Beria ialah Heber dan Malkiel.

18. Enam belas orang itu ialah keturunan Yakub dan Zilpa, hamba perempuan yang diberikan Laban kepada Lea, anak perempuannya.

19. Rahel, isteri Yakub mempunyai dua orang anak lelaki, Yusuf dan Benyamin.

20. Di Mesir Yusuf dan isterinya Asnat, mempunyai dua orang anak lelaki, Manasye dan Efraim. Bapa Asnat ialah Potifera, imam di Heliopolis.

21. Benyamin dan anak-anak lelakinya: Bela, Bekher, Asybel, Gera, Naaman, Ehi, Ros, Mupim, Hupim, dan Ared.

22. Empat belas orang itu keturunan Yakub dan isterinya Rahel.

Kejadian 46