Kejadian 44:30-31-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Setelah mereka pergi tidak berapa jauh dari kota itu, Yusuf berkata kepada pengurus rumah tangganya, “Cepatlah kejar mereka. Setelah kamu menyusul mereka, katakan kepada mereka, ‘Mengapa kamu membalas kebaikan dengan kejahatan?

5. Mengapa kamu mencuri piala perak tuanku? Piala itu dipakainya untuk minum dan sebagai alat meramal. Kamu sudah melakukan jenayah besar!’ ”

6. Apabila hamba itu sampai kepada saudara-saudara Yusuf, dia mengatakan apa yang diperintahkan Yusuf.

7. Mereka menjawab hamba itu, “Apakah maksud tuan? Kami bersumpah tidak berbuat begitu!

8. Tuan pun tahu bahawa wang yang kami dapati di atas gandum di dalam karung kami, sudah kami bawa dari tanah Kanaan dan kami kembalikan kepada tuan. Oleh itu tidak mungkin kami mencuri perak atau emas dari rumah gabenor!

9. Tuan, sekiranya salah seorang daripada kami didapati mempunyai benda itu, biarlah dia dihukum mati dan kami semua menjadi abdi tuan.”

30-31. Yehuda berkata kepada Yusuf, “Oleh itu, jika saya kembali kepada bapa saya tanpa anak itu, tentu bapa saya akan meninggal. Nyawanya bergantung kepada anak itu, dan dia sudah sangat tua sehingga kesedihan yang kami datangkan kepadanya akan mengakibatkan kematiannya.

32. Lagipun, saya sudah berjanji kepada bapa saya bahawa saya akan menjadi penjamin anak itu. Saya berkata kepadanya bahawa jika saya tidak membawa anak itu kembali kepadanya, sayalah yang akan menanggung kesalahan itu selama-lamanya.

33. Oleh itu, saya mohon supaya dibenarkan tinggal di sini sebagai abdi tuan untuk menggantikan anak ini. Biarlah dia pulang bersama dengan abang-abangnya.

34. Bagaimanakah saya dapat balik kepada bapa saya jika anak itu tidak bersama dengan saya? Saya tidak sanggup melihat malapetaka itu menimpa bapa saya.”

Kejadian 44