1. Apabila Yakub mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir, dia berkata kepada anak-anak lelakinya, “Mengapa kamu tidak melakukan sesuatu?
2. Aku mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir; pergilah ke sana untuk membeli gandum supaya kita tidak mati kebuluran.”
3. Oleh itu sepuluh orang abang tiri Yusuf pergi membeli gandum di Mesir.
4. Tetapi Yakub tidak membenarkan Benyamin, adik kandung Yusuf, pergi bersama dengan mereka, kerana Yakub takut jangan-jangan terjadi sesuatu kecelakaan kepada anaknya itu.
5. Anak-anak Yakub bersama dengan orang lain datang membeli gandum di Mesir, kerana ada kebuluran di negeri Kanaan.
6. Yusuf, sebagai gabenor di Mesir, menjual gandum kepada orang dari seluruh dunia. Oleh itu saudara-saudara Yusuf datang dan sujud di hadapannya.
7. Apabila Yusuf nampak saudara-saudaranya, dia mengenali mereka tetapi dia pura-pura tidak kenal. Dengan kasar dia bertanya kepada mereka, “Kamu dari mana?”Mereka menjawab, “Kami dari Kanaan. Kami datang untuk membeli makanan.”
8. Meskipun Yusuf mengenali abang-abangnya, mereka tidak mengenali dia.
9. Kemudian dia teringat akan mimpi-mimpinya tentang mereka, lalu dia berkata, “Kamu ini pengintip; kamu datang untuk menyiasat kelemahan negeri kami.”
10. Mereka menjawab, “Tidak, tuan. Kami, hamba-hamba tuan, datang hanya untuk membeli makanan.
11. Kami ini bersaudara, tuan. Kami orang jujur, bukan pengintip.”