1. Beberapa lama kemudian dua orang pelayan raja Mesir, iaitu pengurus minuman dan pengurus roti, melakukan kesalahan terhadap raja.
2. Oleh sebab itu, raja murka terhadap kedua-dua orang pelayan itu.
3. Mereka dimasukkan ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana, di tempat Yusuf ditahan.
4. Mereka tinggal lama di penjara itu, lalu ketua pengawal istana menugaskan Yusuf untuk melayani mereka.
5. Pada suatu malam pengurus minuman dan pengurus roti itu masing-masing bermimpi. Erti mimpi mereka itu tidak sama.
6. Apabila Yusuf datang kepada mereka keesokan paginya, mereka kelihatan muram.
7. Oleh itu Yusuf bertanya, “Mengapa begitu muram hari ini?”
8. Mereka menjawab, “Kami bermimpi semalam, dan tiada sesiapa pun yang mengetahui ertinya.”Yusuf berkata, “Hanya Allah yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi. Cuba ceritakan mimpi itu.”
9. Pengurus minuman itu berkata, “Dalam mimpi itu aku nampak pokok anggur di hadapanku.