Kejadian 36:8-25-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.

15. Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau: Elifas, anak sulung Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas, Korah, Gaetam, dan Amalek.

16. Mereka semua keturunan Ada, isteri Esau.

17. Rehuel, anak Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Mereka semua keturunan Basmat, isteri Esau.

18. Suku-suku berikut ialah keturunan Esau daripada isterinya yang bernama Oholibama anak Ana: Yeus, Yaelam, dan Korah.

19. Semua suku itu keturunan Esau.

22. Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Heman. (Lotan mempunyai saudara perempuan bernama Timna).

23. Syobal ialah nenek moyang puak Alwan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam.

24. Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. (Ana inilah yang menjumpai sumber-sumber air panas di padang gurun, ketika dia menggembalakan keldai bapanya.)

Kejadian 36