Kejadian 36:10-13-25-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Esau berkahwin dengan tiga orang wanita Kanaan: Ada, anak Elon orang Het; Oholibama anak Ana, cucu Zibeon orang Hewi;

10-13. Isteri Esau yang bernama Ada melahirkan seorang anak lelaki, bernama Elifas. Elifas mempunyai lima orang anak lelaki: Teman, Omar, Zefo, Gaetam, dan Kenas. Elifas mempunyai seorang gundik bernama Timna. Dia melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Amalek.Isteri Esau yang bernama Basmat melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Rehuel. Rehuel mempunyai empat orang anak lelaki: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

14. Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.

15. Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau: Elifas, anak sulung Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas, Korah, Gaetam, dan Amalek.

16. Mereka semua keturunan Ada, isteri Esau.

17. Rehuel, anak Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Mereka semua keturunan Basmat, isteri Esau.

18. Suku-suku berikut ialah keturunan Esau daripada isterinya yang bernama Oholibama anak Ana: Yeus, Yaelam, dan Korah.

19. Semua suku itu keturunan Esau.

20-21. Penduduk asli tanah Edom terdiri daripada suku-suku keturunan Seir, orang Hori. Suku-suku itu ialah Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.

22. Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Heman. (Lotan mempunyai saudara perempuan bernama Timna).

23. Syobal ialah nenek moyang puak Alwan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam.

24. Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. (Ana inilah yang menjumpai sumber-sumber air panas di padang gurun, ketika dia menggembalakan keldai bapanya.)

25-26. Ana ialah bapa Disyon. Disyon ialah nenek moyang puak Hemdan, Esyban, Yitran, dan Keran. Ana juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Oholibama.

Kejadian 36