Kejadian 35:6-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Kemudian mereka sampai di tanah Kanaan, di kota Betel yang dahulu bernama Lus.

7. Di situ Yakub membina sebuah mazbah dan menamakan tempat itu Allah Betel, kerana Allah telah menampakkan diri kepadanya di situ ketika dia lari daripada abangnya.

8. Debora, inang pengasuh Ribka, meninggal di tempat itu. Dia dikuburkan di bawah pokok besar di sebelah selatan kota itu. Itulah sebabnya pokok itu dinamakan “Pokok Besar Tangisan”.

Kejadian 35