2-3. Kemudian Yakub berkata kepada keluarganya dan kepada semua orang yang ada bersama dengan dia, “Kita akan berangkat dari sini dan pergi ke Betel. Di sana aku akan membina sebuah mazbah bagi Allah yang telah menolong aku pada masa kesukaran, dan yang menyertai aku ke mana sahaja aku pergi. Buanglah patung dewa-dewa asing yang ada pada kamu; lakukanlah upacara penyucian diri dan pakailah pakaian yang bersih.”
16. Kemudian Yakub dan keluarganya meninggalkan Betel. Apabila mereka masih agak jauh dari Efrata, tibalah masanya bagi Rahel untuk bersalin, tetapi dia susah sekali melahirkan anak itu.
17. Apabila kesakitannya memuncak, bidan berkata kepadanya, “Besarkan hatimu, Rahel, anakmu lelaki lagi.”
18. Tetapi Rahel sudah mendekati akhir hayatnya, dan ketika dia hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia menamakan anak itu Ben-Oni, tetapi bapa anak itu menamakan dia Benyamin.
19. Setelah Rahel meninggal, dia dikuburkan di pinggir jalan yang menuju ke Efrata, yang sekarang bernama Bethlehem.
20. Yakub menegakkan sebuah batu peringatan di situ, dan sampai hari ini, kubur Rahel masih ditandai dengan batu itu.
21. Kemudian Yakub meneruskan perjalanannya. Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya.
22. Sementara mereka berada di tempat itu, Ruben berseketiduran dengan Bilha, gundik bapanya. Hal itu diketahui Yakub, lalu dia sangat marah.Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki.
23. Anak Lea ialah Ruben (anak sulung Yakub), Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.
24. Anak Rahel ialah Yusuf dan Benyamin.
25. Anak Bilha, hamba Rahel ialah Dan serta Naftali.
26. Anak Zilpa, hamba Lea ialah Gad dan Asyer. Anak-anak itu dilahirkan di Mesopotamia.
27. Yakub pergi menemui bapanya, Ishak, di tempat tinggalnya di Mamre, dekat Hebron. Dahulu Abraham datuknya, juga tinggal di sana.
28-29. Ishak meninggal pada usia yang sangat lanjut, ketika dia berumur 180 tahun. Dia dikuburkan oleh Esau dan Yakub, anak-anaknya.