Kejadian 34:16-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Setelah itu, kami akan menyetujui cadangan kamu tentang kahwin campur. Kami akan tinggal bersama dengan kamu, dan menjadi satu bangsa dengan kamu.

17. Tetapi jika kamu tidak mahu menerima syarat kami, dan tidak mahu disunat, kami akan mengambil balik gadis itu, lalu pergi.”

18. Hamor dan Sikhem berpendapat bahawa syarat itu berpatutan.

19. Oleh itu Sikhem bersedia memenuhi syarat itu dengan segera kerana dia mencintai Dina. Di kalangan kaum keluarganya, Sikhemlah yang paling penting.

Kejadian 34