Kejadian 34:11-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Kemudian Sikhem berkata kepada bapa Dina serta abang-abangnya, “Penuhilah permintaan saya ini, maka saya akan memberikan apa yang saudara-saudara mahu.

12. Katakanlah hadiah apa yang saudara-saudara inginkan, dan tentukanlah mas kahwinnya. Saya akan memberikan apa yang saudara-saudara minta, asal sahaja saudara-saudara membenarkan saya berkahwin dengan gadis itu.”

13. Oleh sebab Sikhem sudah mencabul kehormatan Dina, adik mereka, anak-anak lelaki Yakub berbohong kepada Sikhem dan Hamor, bapanya.

14. Mereka berkata kepada kedua-dua orang itu, “Kami malu membenarkan adik kami berkahwin dengan orang yang tidak bersunat.

15. Kami hanya dapat menyetujui permintaanmu itu dengan satu syarat: kamu mesti menjadi seperti kami; semua orang lelaki di kalangan kamu mesti disunat.

Kejadian 34