1. Pada suatu hari, Dina, anak perempuan Yakub dan Lea, mengunjungi beberapa orang wanita Kanaan.
2. Apabila Sikhem nampak Dina, dia melarikan gadis itu lalu merogolnya. Sikhem ialah anak lelaki Hamor, orang Hewi yang menjadi pemerintah di wilayah itu.
3. Tetapi Sikhem sangat tertarik kepada Dina sehingga jatuh cinta kepadanya. Dia berusaha supaya gadis itu mencintainya pula.
4. Sikhem berkata kepada bapanya, “Saya mohon supaya ayah berusaha mendapatkan gadis itu bagi saya. Saya ingin mengahwininya.”
5. Yakub mendengar bahawa anak perempuannya sudah dicabul kehormatannya, tetapi anak-anak lelaki Yakub sedang menjaga ternakannya di padang. Oleh itu dia tidak dapat mengambil tindakan apa-apa sebelum mereka pulang.
6. Hamor, bapa Sikhem, datang kepada Yakub untuk berunding dengan dia.
7. Pada masa itu juga anak-anak lelaki Yakub pulang dari padang. Setelah mendengar peristiwa itu, mereka terkejut dan sangat marah kerana dengan merogol anak perempuan Yakub, Sikhem sudah menghina semua orang Israel.
8. Hamor berkata kepada Yakub, “Sikhem, anak saya sudah jatuh cinta kepada anak perempuan tuan; saya mohon supaya tuan mengizinkan anak saya berkahwin dengan dia.