Kejadian 31:3-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Kemudian TUHAN berfirman kepada Yakub, “Kembalilah ke negeri bapamu dan kepada sanak saudaramu. Aku akan menyertai engkau.”

4. Oleh itu Yakub menyuruh orang memberitahu Rahel dan Lea supaya berjumpa dengan dia di padang, di tempat ternakannya.

5. Yakub berkata kepada mereka, “Aku nampak bahawa bapa kamu tidak lagi ramah dengan aku seperti biasanya, tetapi Allah yang disembah bapaku menyertai aku.

6. Kamu berdua juga tahu bahawa aku telah bekerja bagi bapa kamu dengan sekuat tenaga.

7. Meskipun begitu aku telah ditipunya dan upahku diubahnya sampai sepuluh kali. Tetapi Allah tidak membiarkan dia berbuat jahat kepadaku.

8. Apabila bapa kamu berkata, ‘Kambing yang berbintik-bintik akan menjadi upahmu,’ maka ternakan itu melahirkan anak yang berbintik-bintik. Apabila dia berkata, ‘Kambing yang belang akan menjadi upahmu,’ maka ternakan itu melahirkan anak yang belang.

9. Demikianlah Allah mengambil ternakan kepunyaan bapa kamu, lalu memberikannya kepadaku.

10. Pada musim ternakan mengawan, aku bermimpi dan melihat semua kambing jantan yang sedang mengawan itu loreng, berbintik-bintik, dan belang.

11. Malaikat Allah berkata kepadaku dalam mimpi itu, ‘Yakub!’ Aku pun menjawab, ‘Ya.’

Kejadian 31