Kejadian 31:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Yakub mendengar anak-anak lelaki Laban berkata begini, “Yakub telah mengambil segala harta milik ayah kita. Dia mendapat segala kekayaannya daripada harta ayah.”

2. Yakub juga nampak bahawa Laban tidak lagi ramah dengan dia seperti dahulu.

3. Kemudian TUHAN berfirman kepada Yakub, “Kembalilah ke negeri bapamu dan kepada sanak saudaramu. Aku akan menyertai engkau.”

4. Oleh itu Yakub menyuruh orang memberitahu Rahel dan Lea supaya berjumpa dengan dia di padang, di tempat ternakannya.

5. Yakub berkata kepada mereka, “Aku nampak bahawa bapa kamu tidak lagi ramah dengan aku seperti biasanya, tetapi Allah yang disembah bapaku menyertai aku.

6. Kamu berdua juga tahu bahawa aku telah bekerja bagi bapa kamu dengan sekuat tenaga.

7. Meskipun begitu aku telah ditipunya dan upahku diubahnya sampai sepuluh kali. Tetapi Allah tidak membiarkan dia berbuat jahat kepadaku.

17-18. Kemudian Yakub bersiap untuk pulang kepada bapanya di negeri Kanaan. Dia menaikkan semua isteri dan anaknya ke atas unta-unta, lalu dia menggiring ternakannya, dan membawa semua yang telah diperolehnya di Mesopotamia.

Kejadian 31