8. Mereka menjawab, “Ternakan ini hanya boleh diberi minum apabila semua ternakan sudah berkumpul di sini dan batu penutup digulingkan.”
9. Sementara Yakub bercakap-cakap dengan mereka, Rahel tiba bersama dengan ternakan bapanya.
10. Apabila Yakub nampak Rahel menggiring ternakan itu, Yakub pergi ke perigi, menggulingkan batu penutupnya ke samping, lalu memberi ternakan itu minum.
11. Kemudian dia mencium Rahel dan menangis kerana terharu.
12. Dia berkata kepada Rahel, “Saya anak Ribka, saudara bapamu.”Rahel berlari untuk memberitahukan hal itu kepada bapanya.
13. Apabila bapanya mendengar berita tentang Yakub, anak saudaranya, dia berlari untuk berjumpa dengan Yakub. Laban memeluk dan mencium dia, lalu membawa dia masuk ke rumah. Apabila Yakub memberitahu Laban segala yang sudah berlaku,
14. Laban berkata, “Ya, memang kamu sedarah dengan aku.”Maka Yakub tinggal di situ selama satu bulan.
15. Laban berkata kepada Yakub, “Kamu tidak seharusnya bekerja untukku tanpa mendapat apa-apa, hanya kerana kamu saudaraku. Berapakah gaji yang kamu mahu?”
16. Laban mempunyai dua orang anak perempuan; yang sulung bernama Lea dan yang bongsu bernama Rahel.
17. Lea mempunyai mata yang cantik; Rahel pula mempunyai bentuk badan yang menarik dan wajah yang jelita.
18. Yakub jatuh cinta dengan Rahel. Oleh itu dia berkata, “Saya akan bekerja selama tujuh tahun untuk pak cik, jika pak cik membenarkan saya berkahwin dengan Rahel.”
19. Laban menjawab, “Aku lebih suka dia menjadi isterimu daripada isteri orang lain; tinggallah di sini bersama dengan aku.”
20. Yakub bekerja selama tujuh tahun untuk mendapat Rahel. Bagi Yakub tahun-tahun itu berlalu seperti beberapa hari sahaja kerana dia mencintai Rahel.
21. Kemudian Yakub berkata kepada Laban, “Masanya sudah tiba; benarkanlah saya berkahwin dengan anak perempuan pak cik!”
22. Maka Laban membuat jamuan perkahwinan dan menjemput semua orang.
23. Tetapi pada malam itu, untuk menggantikan Rahel, Laban menghantar Lea kepada Yakub, lalu Yakub bersetubuh dengan Lea. (