Kejadian 27:41-45 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

41. Maka Esau membenci Yakub kerana bapanya sudah memberikan berkatnya kepada Yakub. Esau berfikir, “Tidak lama lagi ayah akan meninggal dan apabila masa berkabung selesai, aku akan membunuh Yakub!”

42. Apabila Ribka mendengar tentang rancangan Esau, dia memanggil Yakub dan berkata, “Dengarlah, abangmu Esau merancang untuk membalas dendam dan membunuh engkau.

43. Sekarang, hai anakku, buatlah apa yang aku katakan. Pergilah dengan segera kepada abangku Laban, di Haran.

44. Tinggallah bersama dengan dia untuk beberapa lama, sampai kemarahan abangmu reda

45. dan dia lupa akan perbuatanmu terhadapnya. Kemudian aku akan menghantar orang untuk membawa engkau kembali. Aku tidak mahu kehilangan kedua-dua orang anakku pada hari yang sama.”

Kejadian 27