Kejadian 25:9-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Anak-anaknya Ishak dan Ismael mengebumikan dia di dalam Gua Makhpela yang terletak di tanah sebelah timur Mamre. Dahulu tanah itu milik Efron anak Zohar, orang Het,

10. tetapi sudah dibeli oleh Abraham daripada orang Het itu. Sara, isteri Abraham, juga dikebumikan di sana.

11. Selepas Abraham meninggal, Allah memberkati Ishak, anak Abraham, yang tinggal berhampiran dengan perigi yang disebut “Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku.”

12. Ismael ialah anak Abraham dan Hagar, perempuan Mesir, hamba Sara.

13. Berikut ialah nama anak-anak Ismael menurut urutan kelahiran mereka: Nebayot, Kedar, Adbeel, Mibsam,

14. Misyma, Duma, Masa,

15. Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma.

16. Mereka menjadi nenek moyang dua belas suku; pekan dan perkhemahan mereka disebut menurut nama mereka.

17. Ismael berumur 137 tahun ketika dia meninggal.

18. Keturunan Ismael tinggal di kawasan di antara Hawila dan Syur, di sebelah timur Mesir ke arah Asyur. Mereka hidup terpisah daripada keturunan Abraham yang lain.

19. Inilah kisah Ishak, anak Abraham.

20. Ishak berumur empat puluh tahun ketika dia berkahwin dengan Ribka anak Betuel, adik Laban, seorang Aram dari Mesopotamia.

21. Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung.

Kejadian 25