Kejadian 25:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Ketura.

2. Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak, dan Suah.

3. Yoksan ialah bapa Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang Letus, dan orang Leum.

4. Anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semuanya keturunan Ketura.

5. Walaupun Abraham mewariskan segala harta bendanya kepada Ishak,

6. semasa Abraham masih hidup, dia memberikan hadiah kepada anak-anak yang dilahirkan oleh isteri-isterinya yang lain. Kemudian dia menyuruh anak-anaknya itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, jauh daripada Ishak, anaknya.

Kejadian 25