6. Abraham menjawab, “Jangan sekali-kali hantar anakku ke sana!
7. TUHAN, Allah yang menguasai langit, sudah membawa aku ke sini dari rumah bapaku dan dari tanah saudara maraku. Dia sudah bersumpah kepadaku bahawa Dia akan memberikan tanah ini kepada keturunanku. Dia akan mengutus malaikat-Nya untuk menolongmu, supaya di sana kamu boleh mendapatkan seorang isteri untuk anakku.
8. Jika gadis itu enggan mengikut kamu, maka kamu bebas daripada sumpah ini. Tetapi jangan hantar anakku ke sana walau apa pun yang terjadi.”
9. Kemudian hamba itu meletakkan tangannya di antara pangkal paha Abraham, tuannya, lalu dia bersumpah untuk melakukan apa yang diminta oleh Abraham.
59-60. Oleh itu mereka mengizinkan Ribka dan inang pengasuhnya pergi dengan hamba Abraham dan semua orangnya. Mereka memberkati Ribka dengan kata-kata ini,“Semoga kamu, Ribka, menjadi ibu kepada berjuta-juta orang.Semoga keturunanmu menaklukkan kota-kota musuh mereka.”
61. Kemudian Ribka berserta wanita-wanita muda yang menjadi hambanya bersiap-siap, lalu menunggang unta dan berangkat bersama dengan hamba Abraham.
62. Sementara itu Ishak sudah datang dari perigi yang disebut “Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku” dan tinggal di bahagian selatan Kanaan.
63. Pada suatu petang dia keluar dari khemahnya untuk berjalan-jalan di padang, lalu dia nampak unta-unta datang.
64. Apabila Ribka nampak Ishak, dia turun dari untanya,
65. lalu bertanya kepada hamba Abraham, “Siapakah lelaki di padang itu yang datang ke arah kita?”“Dialah tuan saya,” jawab hamba itu. Oleh itu Ribka mengambil selendangnya dan menutupi mukanya.
66. Kemudian hamba itu menceritakan segala yang sudah dilakukannya, kepada Ishak.
67. Ishak membawa Ribka masuk ke dalam khemah mendiang Sara, ibunya, lalu dia memperisteri Ribka. Ishak mencintai Ribka; maka terhiburlah hati Ishak yang sedih kerana kehilangan ibunya.