Kejadian 24:47-64 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

47. Saya bertanya kepadanya, ‘Siapakah bapamu?’ Dia menjawab, ‘Bapa saya Betuel, anak Nahor dan Milka.’ Kemudian saya mengenakan perhiasan emas pada hidungnya dan menyarungkan sepasang gelang pada lengannya.

48. Saya sujud menyembah dan memuji TUHAN, Allah tuan saya Abraham. Dia sudah memimpin saya langsung ke sini, kepada saudara mara tuan saya sehingga saya dapat menemui gadis ini bagi anaknya.

49. Sekarang, jika saudara-saudara bersedia memperlakukan tuan saya dengan baik dan menunaikan tanggungjawab sebagai saudaranya, tolong beritahu saya, tetapi jika tidak, katakanlah juga, supaya saya tahu apa yang harus saya buat.”

50. Laban dan Betuel menjawab, “Oleh sebab perkara ini datang daripada TUHAN, kami tidak patut membuat keputusan.

51. Ini dia Ribka; biarlah dia ikut dengan saudara. Biarlah dia menjadi isteri anak tuan saudara itu, seperti yang difirmankan TUHAN sendiri.”

52. Apabila hamba Abraham mendengar kata-kata itu, dia bersujud dan menyembah TUHAN.

53. Selepas itu dia mengeluarkan pakaian, perhiasan perak dan emas, lalu memberikan semuanya kepada Ribka. Dia juga memberikan hadiah-hadiah yang mahal kepada abang dan ibu Ribka.

54. Kemudian hamba Abraham dan semua orang yang bersama dengan dia makan dan minum, lalu bermalam di sana. Selepas mereka bangun esok paginya, hamba itu berkata, “Izinkanlah saya pulang kepada tuan saya.”

55. Tetapi ibu dan abang Ribka berkata, “Biarlah Ribka tinggal bersama dengan kami selama seminggu ataupun sepuluh hari lagi, selepas itu bolehlah dia pergi.”

56. Tetapi hamba itu berkata, “Janganlah tahan saya. TUHAN sudah membuat perjalanan saya berhasil; izinkanlah saya pulang kepada tuan saya.”

57. Mereka menjawab, “Marilah kita panggil Ribka dan tanyakan pendapatnya.”

58. Mereka memanggil Ribka dan bertanya, “Mahukah kamu ikut orang ini?”Gadis itu menjawab, “Ya, saya mahu.”

59-60. Oleh itu mereka mengizinkan Ribka dan inang pengasuhnya pergi dengan hamba Abraham dan semua orangnya. Mereka memberkati Ribka dengan kata-kata ini,“Semoga kamu, Ribka, menjadi ibu kepada berjuta-juta orang.Semoga keturunanmu menaklukkan kota-kota musuh mereka.”

61. Kemudian Ribka berserta wanita-wanita muda yang menjadi hambanya bersiap-siap, lalu menunggang unta dan berangkat bersama dengan hamba Abraham.

62. Sementara itu Ishak sudah datang dari perigi yang disebut “Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku” dan tinggal di bahagian selatan Kanaan.

63. Pada suatu petang dia keluar dari khemahnya untuk berjalan-jalan di padang, lalu dia nampak unta-unta datang.

64. Apabila Ribka nampak Ishak, dia turun dari untanya,

Kejadian 24