Kejadian 23:9-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. supaya dia menjualkan Gua Makhpela yang terletak di pinggir ladangnya, kepada saya. Suruhlah dia menjual tanah itu di sini, dengan disaksikan oleh saudara-saudara. Saya akan membayar harga penuhnya supaya tanah itu menjadi milik saya.”

10. Pada masa itu Efron sendiri sedang duduk bersama dengan orang Het yang lain, di tempat perjumpaan di pintu gerbang kota. Dengan disaksikan oleh semua orang yang ada di situ, dia menjawab,

11. “Bangsa saya sendiri menjadi saksi bahawa tanah itu serta guanya saya berikan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan.”

Kejadian 23