Kejadian 23:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Ketika Sara berumur 127 tahun,

2. dia meninggal di Hebron di tanah Kanaan. Abraham sedih dan meratapi kematian isterinya.

3. Selepas itu Abraham meninggalkan jenazah isterinya lalu pergi kepada orang Het, penduduk negeri itu. Dia berkata,

4. “Saya ini orang asing yang tinggal bersama dengan saudara-saudara; izinkanlah saya membeli sebidang tanah supaya saya dapat mengebumikan isteri saya.”

5. Mereka menjawab,

6. “Kami menghormati tuan sebagai pemimpin yang berkuasa di kalangan kami; oleh itu kebumikanlah isteri tuan di kubur yang terbaik yang ada pada kami. Kami semua berbesar hati untuk memberikan tanah perkuburan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan.”

Kejadian 23