8. Awal pagi esoknya Raja Abimelekh memanggil semua pegawainya dan memberitahu mereka segala kejadian itu. Mereka sangat ketakutan.
9. Kemudian Raja Abimelekh memanggil Abraham dan bertanya, “Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap kami? Apakah kesalahan yang sudah beta lakukan terhadapmu, yang menyebabkan kamu mendatangkan bencana ini kepada beta dan kerajaan beta? Tidak patut kamu berbuat demikian kepada beta.
10. Mengapa kamu melakukannya?”
11. Abraham menjawab, “Hamba berfikir bahawa di sini tiada sesiapa pun yang takut kepada Allah, sehingga hamba akan dibunuh oleh orang yang menginginkan isteri hamba.